BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 24, 2012

Bold

" Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada warga asrama sekolah menengah teknik kuala lumpur, anda diminta untuk mengosongkan kawasan asrama anda sekarang juga. Mengumuman di ulang, perhatian kepada warga asrama sekolah menengah teknik kuala lumpur, anda diminta untuk mengosongkan kawasan asrama anda sekarang juga. Sekian, harap maklum. "

Haaa, berdasarkan skrip di atas, aku rindu microphone dkat speaker besar tuu. Hihi. Sejak jadi ketua perhimpunan hari selasa haritu, inilah duty aku tiap tiap pagi, kena buat announcement bosaaan ni. Budak biasa pun boleh buat lah ! Eishh. Haha, kay jangan merungut hani -.- So ketua perhimpunan ni tkdelah susah sngt kerja je. Tapi selalu kena marah dengan cikgu. Asal keje aku selalu yg senang kena marah dengan orang ! Macam tafaaaak gilaa okay -.- Sheshh. So, ketua perhimpunan ni pun, Alif Mansor ( captain sekolah ) yg pilih. Dia yg iktirafkan ktorg. Ktorg ? Haah, my partner, Muhammad Firdaus bin Kamarudin a.k.a Daus. Minggu ni suara dua dua takde, mmg rock habis lah. Agak mencapap lah suara ktorg je setiap pagi enn ? Pfftt, thanks to Alif Mansor. Hee, tkdelah.

Okay aku online awal kan ? Yes, sebab aku dekat rumah lah aku BOLEH online. Macam ni al-kisahnya. Pada suatu pagi yang sangat sejuk lagi mendung, aku terasa, err, asal skema ? Dushh. Kay sambung. Aku rasa mcm tk sedap badan and batuk aku makin menjadi jadi. Itu masa hari isnin. Baru je balik ke asrama kan ? Pendekkan story telling aku ni, rabu pagi aku macam dah tk larat gilaa and lepas rehat ddk bilik sakit. Pukul 3pm, pergi PGRM. Amik darah, sebab tangan aku mcm dah ada tompok merah. Bila dah check, takde apa pun. Cuma ada lah bnde lain yg menimpa, macam mana eh nak cakap ? Err, tk perlu lah :) Biarlah rahsia.

So aku cuti daripada rabu malam sampai ? Sampai aku rasa aku nak sekolah balik. Whoahh. Tapi, ni serius, aku tak tipu. Cikgu Faridah dah bagi green light, so aku pun on je lah. Heh. Umm, risau juga. Tengah tunggu doktor call untuk next check up apa kebenda tah. Eishh lupakan lah. Overall, aku excited untuk hari keusahawanan esok, 25.02.2012. Macaaaam macam kelab aku nak jual. Sebagai pengerusi berjaya, cehh, nak jugak -.- aku mengharapkan gerai ktorg menang tempat pertama, kalau ada pertandingan lah. And yang paling penting, aku nak untung yang banyak. Well, inilah pandangan budak perdagangan :D

Alaah, macam tkde bnde lain nak cakap lagi je, sebab aku tengah tertumpu pada phone aku ni. Haha, faham faham je lah. Aaaa, gediknya kau ni hani -.- Oh one more thing. Aku sukaaaa satu lagu ni, so sweet lah weih ! Eh tak, dia macam emosional sikit, tapi ohh, aku suka suka suka ! Kfine, dah gedik over lapping pula. Kbai !

xoxo, Raihani Rahman :)
2132 hours, 24.02.2012

Tuesday, February 7, 2012

Semakin hari, semakin pelik hidup aku ni. Ada orang yang mengaku Raziq, text aku tadi and dia suruh pakai baju hitam esok untuk koko. aku mcm apahal kau ! Heh. Text and text last last aku bengang aku call, sekali kata oh ni ZHARIF. Huh, lawak lawak. Eish aku bengang betul lah gilaa.


Dah lah nak balik asrama ni. And kepada stalker aku tu, watch out loser. Kau akan kalah dekat tangan perempuan. Watlek watpeace kan ? Cehh. Okay so malam ni potluck MPP dekat kantin after maghrib. Harap harap berjalan lancar and semua happy. Hihi. Will be back in 3 weeks time. Assalamualaikum w.b.t.

xoxo, Raihani Rahman :)
1231 hours, 07.02.2012

Monday, February 6, 2012

Raise your glass !

ALLAHUAKHBAR !
Ini sahaja yang mampu aku cakap * diam.

Okaay so setelah buka FB tadi macam seronok gilaa lah kan, sebab nak kecoh kecoh dekat group MPP pasal potluck hari selasa ni lepas maghrib, untuk exco perhubungan. So buka FB je, macam terkejut juga lah sebab ada 3 friend request, 1 inbox and 43 notifications. Cehh macam hot juga aku ni ? Hahaha. *keningkening

Perasan youu ! Tengah check check notifications, Daus IM. Dia macam HANI ! MANA GROUP MPP ? ASAL KAU DELETE ? Aku pelik. Apahal mamat ni doe, tibatiba je ? Aku cakap ada ada sampai dia dah geram tu dia suruh aku check sendiri and yes, memang takde. Tapi aku tak delete doe ! So dia macam habis ? HACKER ? :O jeng jeng jeng. Lepastu aku teringt lah sorang mamat ni, yang mcm stalker aku dengan kawan kawan mpp gila babi. Dia tahu email aku, dia tahu password aku. Pergh stalker gila kau ! Okay, so dia hack FB aku which means pecah masuk secara haram, lepastu delete group MPP aku and tinggalkan something dekat inbox aku, tapi aku tk boleh nak buka. Privatekan konon. Bullshit you ! Eeee, bengang nya. Kalau aku tahu kau siapa, okay basically, I know your fake name, your fake FB and your fake smile. Everything that comes from you is totally fake, faker ! Dude, seriously, try to live a normal human life. Eishh, aku bengang lah siott dengan mamat sway macam ni.

Kau benci MPP ? Ingat, Allah benci kau, sebab kau benci pemimpin. Pemimpin yang cuba tegakkan keadilan dan agama Allah SWT ! Semoga Allah buka mata kau, hamba yang hina lagi kerdil. Semua hamba Allah memang hina weh, cuma kau telah mencampakkan diri kau lebih ke dalam lembah penghinaan, kerana menghina kami. Oh dan sesungguhnya aku kena tukar password segala bagai, set semua private sbb kau dah hack aku punya FB. Perghh pantang tok nenek abah tiri mertua aku, eh mertua belum lagi. Tiri pun tkde. Hihi. Tapi still, pantang betul aku orang hack FB aku. Kalau aku kerat 35 ni, nahas diaa. Pemusnah negara dan harapan bangsa doe dia ni. aku macam, aku nak, eishh !

Aku bagitau mak aku ! Aaaa ! Okay aku dah bagitau pun, and dia macam, hehe, adolaah. Habis lah kau. Kau nak tulis nama kau besar besar dkat sini ? walaupun bukan nama sebenar, tapi mana tau lepas kau dah stalk aku punya fb kau nak stalk blog aku pula kan ? So, kau nak aku tulis nama kau kat sini hah jantan sway ? nak ke ? cabar aku sngt kan ? Kau lek je. nnt besaaaar punya aku post untuk kau, kay abe sado :) Eww, abe sado like watafaaak ?

Hani hanii, kenapa ada orang asyik tak puas hati dengan kau ? Tak apa lah. Aku hamba Allah yang sedng diuji dan akan menjalani hidup seperti diuji. Life has to go on. Baru je nak naik balik semangat aku, sekarang macam dah nak down balik ? Oh shit, jangan doe. Kau kena KUAT. STRONG like an elephant. Tehee. InsyaAllah. Rasa macam nak story dengan dia, tapi dia dah balik asrama. Kay takpe. Aaaa, kalau ada suara ni, aku dah menjerit, roboh rumah aku. OMG, aku nak dia :( Kbai.

xoxo, Raihani Rahman :)
2200 hours, 06.02.2012

Saturday, February 4, 2012

Sesungguhnya, hariku tidak disinari pelangi lagi. Kay, ni dah berbunga sangat. Haha. Homework banyak lah pula. Tak masuk kelas punya pasal, tak pergi kelas tambahan punya pasal, tak pergi prep punya pasal. Daaah, jangan merungut, aku online FB tadi kejap je. Heh, memastikan kepulangan dia. Sekarang aku nak buat homework, maybe esok ke nak pergi klinik kot, check lutut, takut tisu terkoyak :O Aaaa, taknak ! Kay, goodbye amigos !

xoxo, Raihani Rahman :)
04.02.2012, 1012 hours.

Friday, February 3, 2012

Without you

Assalamualaikum dan selamat petang. Oh, Shah Alam tengah hujan sekarang, sejuk. Aku tengah demam. Selsema and batuk getting worst. Suara dah rock gilaa, hahaha. Seminggu dekat asrama and dalam seminggu tu je, aku rasa itulah minggu paling malang selama aku ddk asrama teknik KL. Why ? Dugaan banyak sangat, aku tak kuat macam dulu. Tak kuat. All the time sedih, bersendirian, menyisihkan diri dan terlampau banyak menangis. Pressure yang ada dekat atas kepala aku ni, mcm atmospheric pressure pressing down a small ball into a container which fits the container. Eishh apa kau cakap ni, tahulah physics 'terrer' kan ? LOL.

Well, aku cuba tabahkan hati, jalani hidup macam manusia biasa. Paling penting, aku kena KUAT. STRONG. Alamak, jangan sedih Hani, come on. Serious, aku dah tak pandai nak kawal emosi sekarang. Kalau nak marah, memang aku meletup habis lah, macam semalam dkat aspuri. Amik kauu, nasib baik lah. Tak boleh cerita sini. Hihi. Kalau nak menangis tu, memang aku rasa boleh banjir dekat Tulip ? Haha. Okay so apa aku nak cakap ni, to all my friends, aku minta maaf sangat sangat sebab at times aku ada tak layan korang, tak senyum dekat korang, tak jumpa korang like we used to last year kan ? Aku busy sangat, soooorry. MPP punya duty macam bapak banyak, bukan nak merungut tapi aku memang penat. Tido antara pukul 2-4 pagi, bangun pukul 5.30. Aku dapat tidur sehari tak sampai 4 jam pun. Semalam lagi lah, tidur pukul 4, lepastu konon taknak tidur terus tapi sebab katil aku tu macam suruh baring kan, aku pun tidur je lah. Knevermind.

Oh, aku terharu sangat sebab tadi lepas balik dari badminton dekat Sri Garden, aku pergi dorm Anggerik kejap, nak tnya homework dekat Yana. And dia macam rinduuu gila dekat aku. Tiba tiba Natsha datang, dia pun mcm excited gila. Macam tak jumpa dah setahun -.- haha. Gila gila punya rindu lah korang dekat aku kan ? Heh. Halimah lagi lah, dia sebagai partner VC sementara aku sampai menangis tak berirama. Gosh, aku kesian gilaa dekat kau, tapi aku macam, err, dah lah. Aku punya selsema ni dah macam apa je, tisu habis. Aku nak pergi makan. Nanti aku update lagii kay.

xoxo, Raihani Rahman :)
03.02.2012, 1753 hours.