
Hari ini hari Rabu dan hari ini amat indah. Bagi saya lah. Pergi sekolah macam biasa dan seperti biasa ada mengect mural pada dinding untuk murid murid tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13. Hari ini yang hadir dalam kelas saya hanya saya, Aida, Fatin, Rabiatul, Afif, Alvin, Megat, Aiman, Hakiimi dan Faris. Kemudian bertemankan kami guru kelas kami, Puan Noraini dan cikgu KHB kami, Puan Norhiya Suriya. Kami mengecat dengan teliti dan mural kami amat menyelami alam fantasi. Warna warna yang amat ceria dan sedap mata memandang :)
Selepas rehat, semua murid tingkatan 3 yang hadir, menuju ke Dewan untuk menjalani aktiviti explorace tajaan panitia sejarah. Mereka melakukan aktiviti di dalam dewan sahaja. Saya, Aida, Fatin, Rabiatul dan Nabilah menjadi urusetia bagi meringankan beban guru-guru sejarah kami. Setelah tamat, kami berlima menerima hadiah daripada Puan Noraini. Terima kasih cikgu !
Pada sebelah petang pula, dalam pukul 3.00 saya terlena sehingga pukul 4.00. Adik saya mengejut saya dan mengatakan bahawa Aida dan Afiqah berada di luar rumah. Mula mula ingatkan mimpi, rupanya realiti -__- Jadi dengan muka penyek, saya keluar. Kami bermain lompat tali. Bumi bergegar kerana kami suda meninggalkan permainan lompat tali selama 3 tahun yang lalu. Aida pulang dan saya, adik saya dan Afiqah bermain catur. Afiqah letih dan memohon izin untuk pulang ke rumahnya.
* okaaay, terus smpai pkul 2100. LOL
Maaf, ter-skema sekejap tadi. Hahah. Lepastu dah makan rehat semua, saya pun online dan sekarang nk post ini blog untuk tontotan umum :) ENJOY
xoxo, Raihani Rahman :)
2137 hours, 20/10/2010
Wednesday, October 20, 2010
Go all night
Posted by Raihani Rahman at 9:22:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment