BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 29, 2010

Talk what you only see

Photography Pictures, Images and Photos



Hari ini terasa diri ku ini sayu dan senyap.

Walaubagaimanapun, di sekolah harini banyak aktiviti telah saya lakukan. Sebelum rehat, join main ping pong. Lawan lawan sekali dapat nombor 3 ! Whoaa, boleh lah. Syukur syukur ! Partner saya Siti Rabiatul Adawiyyah binti Mohd Nawawi. Kami main doubles. Kemudian rehat dan ada Yakult ? Hmm, okaylah. Selepas itu kami ke dewan itu dengar ceramah tentang Yakult. BOSAN ! Jadi, saya dan Nur Hamizah Nabihah binti Rahim telah ke perpustakaan dan bermain catur sebanyak 2 pusingan. Yeah, saya kelah -_- Takpelah. Bukan rezeki kan ? Heheh. Tiba tiba rasa bersalah, jadi balik ke dewan. Tapi macam bosan je. Patah balik ke perpustakaan dan bermain catur. Lagi 1 pusingan dah bosan, tapi kali ini saya yang menang :D Hahah

Kami berdua bosan bermain catur dan langsung ke permainan monopoli. Kami bermain bersama Hezrin dan Ameer Farouq. Hakiimi ada tapi cikgu panggil, jadi dia kena blah kejap. Lepas dah 20 minit macam tu, Hakiimi datang dan dia merayu rayu dekat Hezrin jual tanah kat dia. Hahah. Pemenangnya Hezrin, kedua Ameer, ketiga Hamizah, keempat saya dan kelima Hakiimi. Hahaha. Hezrin memang kaya raya doe ! Dorang kemas kemas barang, saya dan Hamizah ke dewan dan ada satu band academy ni datang ke sekolah kami, dan mereka amat hebat :D Tahniah kalian ! Selepas pulang ke rumah, takde buat apa sangat kecuali online.

Lepas Asar main badminton dekat Usj 23. Zaki dengan Faiz datang. Kami main macam orang nk gila -_- Zaki asyik buat split. Hahah. Pukul 1830 habis, beli mkn malam. Burger daging special tambah chesse. Sumpah sedap oh abang tu buat :D Hee, rasa nak beli lagi. Agaknya itu sahaja untuk hari ini. Oh dan esok takde badminton ! YEAH ! Kaki sakit oh tadi terjatuh. Fuuuhh.

xoxo, Raihani Rahman :)
2034 hours, 29/10/2010

0 comments: