BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 9, 2011

One in a million

Dah dua hari tak update blog, macam banyak gila benda dah jadi, TAPI aku taknak cerita. Sibuk je korang ni -.- Ecehh, gurau gurau. Haritu Ahmad Irfan ( abe ) ada bagi video ni suruh tengok. One missed call punya ringtone dengan muka hantu tu sekali, aku macam terkejut rasa jantung nak gugur siot ! Ohh aku dah cerita kan ? Anyways, esoknya tu dia bagi one missed call punya movie, so aku tengok lah dengan adik aku pukul 10 pagi. Tengok cerita hantu pukul 10 pagi. Oooo, seramnya Hani -.- Tapi seram lah gila ! Aku macam terkejut kejut, adik aku dah lah tak reti duduk diam. Rasa nak gam dia dekat katil tu. Okay cerita dia kan macam siapa dapat mesej miss call tu, dia akan mati. Blablabla, ramai yang mati kecuali heroin dia. Heroin mana boleh mati kan ? Uhh, drama's. So lepas habis cerita tu ada text message masuk phone aku and aku baca lah " you have one miss call ..... aku dah cuak gila ! Dah lah tak baca sampai habis, so aku call lah 1313 tu kot ?

Then, mak aku punya suara, " Raihani bukak pintu lagi 5minit ummi sampai rumah. " Hok aloohhh, ingatkan aku mangsa seterusnya yang akan meninggalkan dunia yang fana ini -.- *Bapak skema siot ayat. Lepastu start drpd tu aku memang silentkan phone. Daripada sabtu lepas sampai harini, jumaat. Seminggu lah pula. Tapi thanks to Abe, aku dapat menghilangkan rasa bosan aku satu hari minggu lepas. Sekarang ni aku tengah mem-busy-kan diri dengan belajar. Whoahh, am I saying this for true ? Yes, aku study subjek form 4 balik. Tuition was fine. Aku amik subjek Physics, Chemistry, Add maths, Accounts, Maths and Sejarah. Semua cikgu the rocking gila. Tapi kenalah study, jangan harapkan cikgu je Haniii. Starting from this year, after April, kejadian yang aku akan ingat sampai mati, aku dah remind diri aku, kalau nak bercinta, utamakan pelajara dulu. Study kena gempak, baru cinta tu gempak-gempak. Hahaha,okay aku dah merepek. Nanti aku post lagi :) For now, dah sakit pinggang sebab duduk lama sangat, chioww.

xoxo, Raihani Rahman :)
2204 hours, 09.12.2011

0 comments: