BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 9, 2012

Home sweet Home

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah. Rasa legaaaa gila nak tergolek. Eheh, tergolek ? Pun boleh hani :p Harini balik labat sikit, kononnya nak basuh baju dulu sebelum balik rumah, sbb nak bawa buku SAHAJA. Malang tidak berbau, aku macam malas gila tadi, so balik dengan baju baju aku yang tk basuh lagi, lol. Ahh dah dah, cerita pasal baju pula -.- Btw, sekolah aku, yang klauster 5S tu, baru habis exam khamis yang lepasni. Semalam lah kan ? Grr, aku dah tau apa yang gagal ! Macam biasa, physics mmg dah macam wajib dalam senarai. BLACKLIST AH ! Heh. Sejarah pun kot ? Itu mmg blank gila. Sebab aku demam balik haritu and tak study sejarah. Sedih kan ?

Lagi satu ni haa, chemistry. Mati kena denda lari court bola tampar nanti, dah lah court bola tampar depan blok ktorg. Blok ktorg dah lah satu bumbung dengan budak mekanikal. TAK LAWAK, okay, TAK LAWAK. Sheshh, bagilah padang rugby ke, at least yang nampak ktorg nnt budak aspura SMS. Haha. Dah dah. Overall exam ni, aku mencuba sedaya upaya walaupun tengah demam, batuk apa bagai tu, aku dah try ignore.

Oh and guess what, I dah start makan dining time tengah hari. Good news kan ? Ecehh. Pagi je lah tk sempat. Aku asyik bngn lambat ! Eishh, pukul 5.55 adalah waktu average lah. Teruknya hani kau ni. Oh semalam kan lepas buat keceriaan dorm, masa nak tidur pukul 1 pagi tu, aku, Zel, Aimi, dgn Allyn buat mask dekat muka. Adalah cream tu pakai lepastu muka putih. Mcm bdak sejuk lah juga. Haha, pagi tu aku bngn tengok muka dekat cermin, sumpah terkejut gila sbb muka aku bapak putih ! Haha. Nasib baik tak pengsan -.- Haha, kur kur hani.

Last but not least, to Siti Hanisah binti Nordin a.k.a Nysa Nordin, I wish you all the best for the Kemboja Trip, untunglah kan pergi Kemboja. Lol. Aku nak join oh tapi tk boleh :( Kawan kawan yang lain yang pergi pun aku doakan korang happy dekat sana, dapat experience baru and selamat kembali ke tanah air. Oh yang paling penting, AKU NAK HADIAH ! Hihi, tak malu betul. Kay, nanti aku try upload photos untuk next post. Assalamualaikum pembaca tersayang !

xoxo, Raihani Rahman :)
1916 hours, 09.03.2012

0 comments: