BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 18, 2012

Regrets

Assalamualaikum teman teman seperjuangan :)


SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI...

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."

Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)

Sedikit mukadimah yang dekat atas tu.

Okaay, sebenarnya macam ni.Kita dijadikan dari SETITIS AIR yang HINA, tetapi mengapa saling HINA MENGHINA? Adakah kita LUPA kejadian kita yang sebenar? Sudah terlalu HEBAT dan KUATKAH diri kita? Betul,manusia semua tidak sempurna, tetapi tidak salah jika kita cuba dan saling mengingati agar sentiasa melakukan perkara yang dapat keredhaan Allah SWT.

Sedih bila tengok kawan sendiri hancur kan ? Hancur bukan sebab accident, tapi dah jatuh ke lembah zina. Tak berzina. Cuma menghampiri zina. Kalau kita tak suka satu benda tu, jangan lah sampai dicaci, dimaki hamun. Okaay, kalau siapa baca ni, dia terasa, lantak mu lah. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya kan ? Kenapa nak pandang rendah dekat PPI ? Ni dah masuk hal sekolah pula kejap. Oh hina PPI lagi tu, dekat tempat awam. Kalau tak suka MPP, mati ke ? Bencilah benda dimurkai Allah, bukan benci benda yang baik.

Setelah melihat bukti yang dah ada depan mata kan, aku sedih lah bila kawan sendiri kutuk orang yang cuba tegakkan keadilan. So, kau kata ktorg tak boleh buat apa kan ? Okaay, watch, be shock and suffer until the end. Allah nak balas sekejap je. Have fun now while you can, nanti dah menyesal takde guna kawan.

P/S : Tak salah kan aku post benda islamic dekat sini. Jangan ni pun kau nak kutuk, kena sambar dengan petir nanti, jawab lah sendiri. Renung renung kan lah :)

xoxo, Raihani Rahman :)
1101 hours, 18.03.2012

0 comments: