Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali, okay aku dekat rumah. MC. Wehh apa cer balik rumah setiap minggu ? Cool kan ? Haha, jangan jealous der. Takdelah. Dah memang aku nak sakit, boleh buat apa. Kena tabah dan kuat kan ? So, sebab apa aku MC. Meh dengar kisah aku.
Pada suatu petang, cehh :D
Petang ahad, 08.04.2012. Aku turun training silat. Okay so aku under olahraga, bukan yang lari lari tu ! Yang sparing tu. Hee. Then sparing lah dengan Syana. Tibatiba, bila nak tangkis tu, maybe tangan aku salah timing nak tangkis kot, jadi terkelepet. Jari tengah sebelah kanan sakit. Ingtkan sakit biasa. Petang semalam after school, pergi HUKM dengan Shazrulnaiem. Dia pun lebih kurang lah kes sama dengan aku. Okay so ktorg pergi x-ray. Dia okay je. Kena rehat and rajin exercise tangan. Aku ? Doktor kata jari aku hampir patah, and misal kata aku tak dtg hospital haritu juga, and aku force myself, memang patah and worst, tak boleh amik exam mid year ni. Okay itu risiko besar, and aku macam terkejut gila. Doktor kata jari aku hampir patah, urat dalam tu tengah bercelaru and tulang aku bangkak. So kena rileks dulu. Memang tak boleh tulis sebab aku right-hander. Doktor bagi MC 4 hari. Walaoweyh ! Haha.
Tapi aku taknak lah sampai 4 hari tk pergi sekolah, banyak kot tinggal nanti. So alang alang esok ( rabu ), tak sekolah and cikgu chemistry nak buat kelas tambahan from 8 to 12.30pm. JOM ! Biarlah tangan aku sakit sekalipun, aku nak belajar. SPM okay. Not UPSR. Kena banyak doa, ingat Allah tu ada untuk kita, kan ? :) Err, okay jari aku ni bukannya boleh menaip sangat pun. So skarang nak pergi download lagu sikit, masuk dlm iPod. iPod aku lagu semua lah lopek lopek. Haha, and nak buat sejarah pula lepastu. Assalamualaikum. Jumaat kita jumpa lagi ! Gracias.
xoxo, Raihani Rahman :)
1414 hours, 10.04.2012

0 comments:
Post a Comment