BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 31, 2012

April Fool

1 April : Mengapa Perlu Meraikan April Fool? ☚

Esok adalah 1 April 2012.Ada apa dengan 1 April? April fool? Ya ! 1 April merupakan April Fools Day.Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april fool,yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan.Sayangnya tidak ramai yg tahu asal usul april fool ini.Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol(Andalus)? Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.Islam telah menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?

xoxo, Raihani Rahman :)
2212hours, 31.03.2012

A Thousand Years

Assalamualaikum w.b.t.

Currently listening to A Thousand Years. Yes, I love that song. Hee. Menusuk kalbu kot. Heh. Anyways, minggu ni sangat teramat penat. Pertandingan silat awal bulan 5. Its about a month left to train and go all out. Sangat cuak, nervous, excited semuanya lah. Heh. Takpe, nak keluarkan peluh. Nak sihat kan ? So training lah, semakin hari semakin mantap. Cehh, harap harap boleh smpai quarters, at least lah. Taknak kena tumbuk macam tahun lepas. Bapak malu. Senget gigi aku ! Tengoklah pihak lawan siapa kan, johan perempuan tu. Anak askar tu. Mak aih. Gugur jantung ! Haha. Its the fact hani, kau kalah tahun lepas. Grrr.

Sabar dan solat. Ohh, sekarang aku pegang pada ayat tu. Bila kita dekatkan diri dengan Allah, in sha Allah, Dia akan membantu kita :) Haritu join english debate team. Last minute sebelum nak buat preparation sebelum pertandingan zon, aku tarik diri. Secara terpaksa. Sedih, tapi terpaksa. Tapi ada hikmah. I commit more on silat and left my debate friends. Umm, rasanya sekarang macam tak sesuai nak update blog. Banyak nak cerita, tapi tak terkeluar pula. Heh. dah maghrib, solat ! Assalamualaikum kawan kawan seperjuangan :)

xoxo, Raihani Rahman :)
1924 hours, 31.03.2012

Saturday, March 24, 2012

*yawns.

Physically, I am tired, sleepy and I don't even feel like staying in my room anymore. Currently listening to one direction and trying to be myself. Err, be myself ? I am myself, only I feel something is missing. So, last wednesday, the whole Malaysia announced the SPM results and semua pun macam gementar gila kan ? Sekolah aku ? Ohh please, cikgucikgu dia semua dah macam tak tentu arah. Oh and tak boleh nak percaya dan terima, ada pulaa budak nak buat legend kan, eee kau ni ! Ingat legend tu hot sangat ah ? Lain lah legend kan benda baik. Okaay maybe those who are not from my school, would not understand this. It's okay. Luahan perasan je.

Biarlah, yang penting aku sangat bangga gilaa sebab buddy aku, Wan Amanina Syakirah binti Wan Sulaiman ( Kak Kira ) dan Nor Amirah binti Che Mohamad Nor ( Kak Miran ) masing masing dapat 8A dan 10A respectively. And aku sangat terharu sebab kak Miran peluk aku and dia macam " Aaaa gembira gila akak ! " Perghh vice captain 2011 tu babe ! Maklumlah, aku kan VC terbuang. Haha, bak kata Daus. Dia pun sama je, senasib dengan aku -.- Tahun depan, aku nak nama aku terpampang dekat screen dewan tu juga ! So brush up RAIHANI ! Sejak keluar result SPM rabu tu, aku macam takut gila dengan SPM. Err, takut gila ? Gilagila lahh ! *merepek dah.

Tak tenteram hidup aku okaay. Result exam awal tahun ni je pun dah macam tafaaakk gila. Aku frust gila dengan subjek BM, agama, sejarah, PKU, accounts. PKU dengan accounts fail. Bangang. Accounts target lulus je. PKU target C, gagal. Speechless okay dapat kertas tu. Sejarah 39. Jadahh apa. Satu lagi nak lulus. Yelahh, asal exam je aku sakit lah demam lah. Jangan lah SPM nnt aku macam ni jugaa. Mati lah jawabnya kak oii. BM dengan agama ? Ini aku paling frust. Satu lagi markah nak A. Kalau tak dah dua A.

So result aku completely teruk. Aku taknak fikir dah. Siapa result lagi gempak daripada aku tu, jangan lah nak menyombong sangat okay, sekali allah nak tarik balik kepandaian korang tu, sekelip mata. Yang mana tak capai target macam aku ni, kita cuba lagi okaay :) Err, tiba tiba teringat kejadian masa dekat dewan hari rabu haritu. Aaaa, sedihnya.

xoxo, Raihani Rahman :)
2245 hours, 24.03.2012

Sunday, March 18, 2012

Soya Bean Sedap

Jam di dinding rumah ni dah pukul 3pm. Aduii. Kejap lagi nak blah dah pergi asrama. Bosaaan betul lah. Nasib baik sebab SPM. Kalau tak, aku dah bako, hangus. Haha. Eishh tak baik betul. Well, teringat masa amik exam haritu kan, tempat duduk aku betul betul depan muka cikgu -.- Tak cool okay. I repeat, tak cool. Yelahh, dah lah tengah demam kan, dengan batuk nya, selsema nya, mengantuknya. Heh. Makan ubat, sebab tu mengantuk. Itu alasan aku bgtau cikgu kalau cikgu nak kejut time aku tido. SAYA TAK TIDO LAH CIKGU ! Letak kepala atas meja je -.-

Okaay so accounts takde sorang makhluk Tuhan pun tido, tahniah. Haha. Aku macam kabut gilaa. Bukan macam, memang kabut pun. Sampai tercarut bila ada salah tu, aaa tapi aku biarkan je. Lol. Agama, banyak pasal bab perkahwinan, so habis je paper agama, ramai gilaa orang nyanyi lagu Kasih Kekasih - In Team. Haha, comell lah lagu tuu. Dah lah agama last paper kan, riuh rendah macam buat kenduri. Pffftt. Sejarah hari ahad. Itu sumpah macam tafaaak gilaa. Dah lah malam sebelum tu ddk bilik sakit, sebab sakit kepala. Teruk betul lah. Sah sah fail -.-

Okay, balik asrama, study, makan, puasa, tidur, mandi, PM, haha. Ehh dah lah. Nak balik asrama. Rindu Tulip :) Aww, last but not least, I will miss :

1. Parents.
2. Adik yang sengal dan tak matang tu.
3. MSN.
4. Blog + Tumblr.
5. Guitar.

Ohh, aku dah reti main lagu Carta Hati. Comell lah lagu tu. I likeeee ! Assalamualaikum semuaa !

xoxo, Raihani Rahman :)
1511 hours, 18.03.2012

Regrets

Assalamualaikum teman teman seperjuangan :)


SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI...

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."

Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)

Sedikit mukadimah yang dekat atas tu.

Okaay, sebenarnya macam ni.Kita dijadikan dari SETITIS AIR yang HINA, tetapi mengapa saling HINA MENGHINA? Adakah kita LUPA kejadian kita yang sebenar? Sudah terlalu HEBAT dan KUATKAH diri kita? Betul,manusia semua tidak sempurna, tetapi tidak salah jika kita cuba dan saling mengingati agar sentiasa melakukan perkara yang dapat keredhaan Allah SWT.

Sedih bila tengok kawan sendiri hancur kan ? Hancur bukan sebab accident, tapi dah jatuh ke lembah zina. Tak berzina. Cuma menghampiri zina. Kalau kita tak suka satu benda tu, jangan lah sampai dicaci, dimaki hamun. Okaay, kalau siapa baca ni, dia terasa, lantak mu lah. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya kan ? Kenapa nak pandang rendah dekat PPI ? Ni dah masuk hal sekolah pula kejap. Oh hina PPI lagi tu, dekat tempat awam. Kalau tak suka MPP, mati ke ? Bencilah benda dimurkai Allah, bukan benci benda yang baik.

Setelah melihat bukti yang dah ada depan mata kan, aku sedih lah bila kawan sendiri kutuk orang yang cuba tegakkan keadilan. So, kau kata ktorg tak boleh buat apa kan ? Okaay, watch, be shock and suffer until the end. Allah nak balas sekejap je. Have fun now while you can, nanti dah menyesal takde guna kawan.

P/S : Tak salah kan aku post benda islamic dekat sini. Jangan ni pun kau nak kutuk, kena sambar dengan petir nanti, jawab lah sendiri. Renung renung kan lah :)

xoxo, Raihani Rahman :)
1101 hours, 18.03.2012