BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 21, 2012

Smile


Bila kita jahat ada orang benci,
tapi bila kita baik, orang pula meluat.
Bila kita ikut suruhan agama, katanya kita berlagak alim,
tapi bila kita ingkar suruhan agama, orang mengerji.
Bila kita pakai sopan, katanya kampung sangat,
bila pakai seksi, katanya tak ada harga diri.


Inilah lumrah alam yang sentiasa kita lihat di akhir zaman ini. Sedih sangat. Kenapa ? I don't know. Its because you said I changed. Yes, everyone changed. Everyone has to change, everyone will change and everyone must change. For your own sake and future ! Perhaps things are different now , still you have to go with the flow. Kenapa aku berubah ? Sebab kau berubah bila aku berubah. Kot ? Entahlah. Aku taknak kau lupa kawan je. We promised and shared all the beautiful moments together. Dah lama kawan kan ? Kenapa perlu ada dinding tibatiba ? Erghh. Nak jadi hipokrit ke kita ni ? Heh, tak kot. For now, I'm sticking to FRIENDS COME AND GO, FRIENDS ARE EASY TO LOOSE. So I guess, you should believe in this too, as you may wanna leave me soon. It's fair if I don't treat you well or being nice to you, just keep in mind, I don't need a friend like you. Sorry. For the moment, I'm sad and speechless for you, so have a nice day, ex-bestfriend :')

xoxo, Raihani Rahman :)
1946 hours, 21.04.2012

Sunday, April 15, 2012

Nothing

A
Ah
Aha
Ahad
Ahad.

A
As
Asr
Asra
Asram
Asrama
Asrama.

Kenapa aku tulis mcm tu pun aku tak tau. Kononnya nak style lah sikit kot ? #apayangstylenya ? -.- Anyways, minggu lepas dekat sekolah hari sabtu kan minggu tak balik, so exco ESR ada buat tayangan. Cerita apa ? Okaay mula mula nak buat 7 Petala Cinta. Lepastu MPP sibuk nak buat lawak ke der. Grrr, geram gilaa. Okay fine so ktorg plan buat lawak ke der & 7 Petala Cinta. Tapi lawak ke der tu ktorg skip part yg bosan. Then pukul 10 mcmtu start cerita 7 Petala Cinta. Wehh gila sedih lah cerita tu. Err, dia kena menghayati sebenarnya. And sebab menghayati lah, aku yang tough ni boleh nangis pulak. Aaaa ! Dah lah kawan aku tegur macam ni " Ehh, hani ! Kau nangis ke ? OMG ! Rileks rileks. " Dia macam aku menangis tapi tak lap air mata tu, and aku duduk mmg statik gila sbb taknak ada orang lain perasan. Haha, bongek lah aku ni -.-

Then hari jumaat malam, yang baru lepas ni. Allyn bawak CD player yang mcm laptop tu. So aku, wani and faez tengok lah cerita tu. Malam. Dah light off. Fuhh, apa lagi. Banjir lah lagi sekali. Wani lagi best, tertido terus -.- Seronok lah cerita tu. Tapi pelakon dia macam, err, kur kurr. Yang handsome gilaaaa nka tergolek, nama dia masa berlakon tu, Muhammad Fakhrudin Attar. Sedap gila kot nama tu. Letak nama anak aku nanti ? Hahaha. Okay dah dah. Tangan dah sakit. Nak kemas barang. Boi !

xoxo, Raihani Rahman :)
1058 hours, 15.04.2012

Tuesday, April 10, 2012

Hopeless

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali, okay aku dekat rumah. MC. Wehh apa cer balik rumah setiap minggu ? Cool kan ? Haha, jangan jealous der. Takdelah. Dah memang aku nak sakit, boleh buat apa. Kena tabah dan kuat kan ? So, sebab apa aku MC. Meh dengar kisah aku.

Pada suatu petang, cehh :D
Petang ahad, 08.04.2012. Aku turun training silat. Okay so aku under olahraga, bukan yang lari lari tu ! Yang sparing tu. Hee. Then sparing lah dengan Syana. Tibatiba, bila nak tangkis tu, maybe tangan aku salah timing nak tangkis kot, jadi terkelepet. Jari tengah sebelah kanan sakit. Ingtkan sakit biasa. Petang semalam after school, pergi HUKM dengan Shazrulnaiem. Dia pun lebih kurang lah kes sama dengan aku. Okay so ktorg pergi x-ray. Dia okay je. Kena rehat and rajin exercise tangan. Aku ? Doktor kata jari aku hampir patah, and misal kata aku tak dtg hospital haritu juga, and aku force myself, memang patah and worst, tak boleh amik exam mid year ni. Okay itu risiko besar, and aku macam terkejut gila. Doktor kata jari aku hampir patah, urat dalam tu tengah bercelaru and tulang aku bangkak. So kena rileks dulu. Memang tak boleh tulis sebab aku right-hander. Doktor bagi MC 4 hari. Walaoweyh ! Haha.

Tapi aku taknak lah sampai 4 hari tk pergi sekolah, banyak kot tinggal nanti. So alang alang esok ( rabu ), tak sekolah and cikgu chemistry nak buat kelas tambahan from 8 to 12.30pm. JOM ! Biarlah tangan aku sakit sekalipun, aku nak belajar. SPM okay. Not UPSR. Kena banyak doa, ingat Allah tu ada untuk kita, kan ? :) Err, okay jari aku ni bukannya boleh menaip sangat pun. So skarang nak pergi download lagu sikit, masuk dlm iPod. iPod aku lagu semua lah lopek lopek. Haha, and nak buat sejarah pula lepastu. Assalamualaikum. Jumaat kita jumpa lagi ! Gracias.

xoxo, Raihani Rahman :)
1414 hours, 10.04.2012

Saturday, March 31, 2012

April Fool

1 April : Mengapa Perlu Meraikan April Fool? ☚

Esok adalah 1 April 2012.Ada apa dengan 1 April? April fool? Ya ! 1 April merupakan April Fools Day.Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april fool,yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan.Sayangnya tidak ramai yg tahu asal usul april fool ini.Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol(Andalus)? Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.Islam telah menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?

xoxo, Raihani Rahman :)
2212hours, 31.03.2012

A Thousand Years

Assalamualaikum w.b.t.

Currently listening to A Thousand Years. Yes, I love that song. Hee. Menusuk kalbu kot. Heh. Anyways, minggu ni sangat teramat penat. Pertandingan silat awal bulan 5. Its about a month left to train and go all out. Sangat cuak, nervous, excited semuanya lah. Heh. Takpe, nak keluarkan peluh. Nak sihat kan ? So training lah, semakin hari semakin mantap. Cehh, harap harap boleh smpai quarters, at least lah. Taknak kena tumbuk macam tahun lepas. Bapak malu. Senget gigi aku ! Tengoklah pihak lawan siapa kan, johan perempuan tu. Anak askar tu. Mak aih. Gugur jantung ! Haha. Its the fact hani, kau kalah tahun lepas. Grrr.

Sabar dan solat. Ohh, sekarang aku pegang pada ayat tu. Bila kita dekatkan diri dengan Allah, in sha Allah, Dia akan membantu kita :) Haritu join english debate team. Last minute sebelum nak buat preparation sebelum pertandingan zon, aku tarik diri. Secara terpaksa. Sedih, tapi terpaksa. Tapi ada hikmah. I commit more on silat and left my debate friends. Umm, rasanya sekarang macam tak sesuai nak update blog. Banyak nak cerita, tapi tak terkeluar pula. Heh. dah maghrib, solat ! Assalamualaikum kawan kawan seperjuangan :)

xoxo, Raihani Rahman :)
1924 hours, 31.03.2012